fbpx

[VIDEO] Untunglah RM50 dapat, duit baki RM36 pun dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dipercayai warga asing menggunakan taktik penipuan dengan mengelirukan seorang peniaga untuk mendapat wang berganda.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai warga asing dirakam menggunakan taktik penipuan dengan mengelirukan seorang peniaga untuk mendapat wang berganda.

Gelagat lelaki itu dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) pada awalnya membeli sebungkus nasi berharga RM7 dengan membayar RM50 dan bakinya dipulangkan RM36.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Ayamgolekpaksu.gerik, pembeli itu secara tiba-tiba membatalkan niatnya untuk membeli nasi itu dan meminta wang RM50 dipulangkan.

“Dia bagi RM50 lepas tu dia tak jadi beli akak tu dah pulangkan RM 50 kenapa akak tu bagi lagi RM36,” kata @Khairul0808 di ruangan komen.

“Betul, bila dia ambil dua bekas dia dah tak bagi duit RM50 tapi pemilik kedai bagi lagi duit dekat dia padahal duit tu masih ada dekat warga asing tu,” kata @Kakakainbakery.

“Kalau ada orang datang buat macam ini senang je, ambil balik makanan dan barang tu lepas itu bagi balik duit dia,” kata @Diniesyhd.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendakwa lelaki tersebut telah melakukan taktik yang sama di beberapa kedai lain.

Kejadian ini dipercayai berlaku ketika keadaan di kedai sedang sibuk, menyebabkan pekerja tidak sedar helah yang dilakukan. – KOSMO! ONLINE

@ayamgolekpaksu.gerikHati2 peniaga semua cubaan scam

♬ bunyi asal – 🇲🇾LAN_AGP GERIK🇹🇭

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is ``