fbpx

‘Bak makan di hotel 5 bintang’ – PU Riz puji masakan ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Riz berasa bertuah dikelilingi wanita yang sangat hebat di dapur termasuk ibu mentuanya, Noor Kartini.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Riz meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua seperti Datin Noor Kartini yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dan menantu.

Bagai dijamu di hotel lima bintang, Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, mengakui cukup bertuah apabila sering menerima juadah enak hasil air tangan mentuanya itu.

“Hari-hari dia akan hantar makanan ke rumah. Semua sedap-sedap, tak boleh tahan.

“Tengok sahaja atas meja, seolah-olah macam dekat kedai makan lima bintang!

“Siapa tak percaya boleh rasa karipap yang Mama Tini buat,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.

Suami kepada usahawan selebriti Neelofa itu turut meluahkan rasa bahagia kerana dikurniakan isteri dan ibu mentua yang sama-sama handal memasak.

“Saya dikelilingi isteri yang pandai masak, apatah lagi ibunya yang hebat lagi bijaksana,” ujarnya.

Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`