fbpx

Anggota polis maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbabit dalam nahas di kilometer sembilan, Jalan Gemencheh - Batang Melaka, di sini, malam semalam.

TAMPIN – Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Gemencheh – Batang Melaka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Koperal Aidil Hazan Mohd. Sejali, 33, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Kata Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang oleh seorang anggota dari Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah itu dengan sebuah lori jenis Hino.

“Hasil siasatan mendapati, anggota polis tersebut dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor mahu ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh. Semasa hendak memotong sebuah kenderaan, mangsa telah berlanggar dengan sebuah lori dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ujar Amiruddien, mayat anggota polis berkenaan telah di hantar ke bahagian forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI