fbpx

Superstar Tamil, Vijay anjur iftar besar-besaran jemput 15 imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walaupun berbeza pegangan agama, Vijay mengadakan majlis iftar besar-besaran di Chennai, India, bagi meraikan bulan Ramadan bersama masyarakat setempat.

BIARPUN bukan beragama Islam, bintang Tamil terkenal dunia, Thalapathy Vijay mengadakan majlis iftar besar-besaran di Chennai, India, bagi meraikan bulan Ramadan bersama masyarakat setempat, Jumaat lalu.

Berpakaian serba putih lengkap dengan kopiah, Vijay atau nama sebenarnya Joseph Vijay Chandrasekhar, 51, turut menyertai solat maghrib sebelum berbuka puasa bersama khalayak yang hadir.

Majlis berlangsung di pekarangan YMCA Royapettah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu termasuk imam dari 15 masjid sekitar Chennai.

Menurut laporan Free Press Journal, Vijay yang kini bergelar ahli politik itu juga dikatakan berpuasa penuh sebelum menjamu tetamu dengan pelbagai hidangan istimewa.

Gambar dan video sekitar acara tersebut tular dalam media sosial, memperlihatkan bintang filem Master itu berdoa serta beramah mesra dengan jemaah.

Sikapnya yang meraikan kepelbagaian budaya mendapat pujian ramai.

“Seorang superstar yang merendah diri. Inilah contoh pemimpin sejati,” kata seorang netizen.

“Vijay bukan sahaja hero di layar perak, malah di dunia sebenar. Penghormatan besar buatnya,” komen seorang lagi.

“Sederhana tapi bermakna. Semoga terus berjaya dalam dunia politik!” ujar seorang pengguna X.

Vijay kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Tamil Nadu 2026 melalui parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK).

Vijay merupakan penganut Kristian namun sangat menghormati pegangan agama lain termasuk Islam dan Hindu.

Sementara itu, filem terakhirnya sebelum meninggalkan dunia lakonan, Jana Nayagan arahan H. Vinoth dijangka menjadi penutup gemilang karier seninya.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Pooja Hegde, Bobby Deol, Gautham Vasudev Menon dan Prakash Raj.

Sebelum ini, filem aksi dibintanginya berjudul The Greatest of All Time (GOAT) arahan Venkat Prabhu mencipta kejayaan besar di pawagam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI