fbpx

EPL: Arsenal, Manchester United ‘sama liat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Manchester United, Joshua Zirkzee seperti tidak percaya peluang keemasan pasukan berjaya ditepis penjaga gol Arsenal, David Raya. - Foto ihsan Reuters

MANCHESTER – Harapan Arsenal untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian selepas seri 1-1 ketika bertemu Manchester United di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners yang masih segar dengan kejayaan melakar kemenangan besar 7-1 ke atas PSV Eindhoven mengekalkan kesebelasan yang sama dalam usaha meraih keputusan positif di laman lawan.

Namun, aksi pada babak pertama dilihat agak seimbang meskipun The Gunners menguasai perlawanan, pasukan dari London itu tidak mampu melakukan ancaman bahaya kepada benteng pertahanan The Red Devils.

Malah, skuad tuan rumah kendalian Ruben Amorim melakar kejutan apabila mendahului sebelum wisel babak pertama ditiupkan hasil sepakan percuma menarik yang dilakukan oleh kapten, Bruno Fernandes.

Bersambung pada separuh masa kedua, Arsenal memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih beberapa percubaan tepat ke kubu lawan tetapi gawang United yang dikawal Andre Onana masih kebal.

United turut memiliki peluang untuk menambah jaringan tetapi percubaan Noussair Mazraoui dan Joshua Zirkzee berjaya diselamatkan penjaga gol, David Raya.

Nasib menyebelahi Arsenal apabila meraih gol penyamaan hasil rembatan menarik Declan Rice selepas menerima hantaran Justin Timber pada minit ke-74.

Gol tersebut menaikkan semangat kedua-dua pasukan dalam usaha memburu gol kemenangan.

Peluang terbaik menjadi milik United apabila Fernandes memiliki peluang terbuka untuk muncul wira pasukan tetapi rembatannya berjaya diselamatkan Raya dengan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kini dibezakan 15 mata dengan pendahulu EPL, Liverpool selepas mengharungi 28 perlawanan manakala United berada di tangga ke-14 liga ketika ini dengan 34 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI