fbpx

Red Bull belum mampu kuasai Melbourne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN merasakan mereka belum mencapai tahap memuaskan untuk menewaskan McLaren di Australia minggu depan. - AFP

MELBOURNE – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen merendahkan harapan Red Bull untuk memulakan musim 2025 dengan kemenangan di Grand Prix (GP) Australia kerana mengakui pasukannya masih jauh daripada prestasi terbaik.

Meskipun Red Bull tampil dominan dalam beberapa musim terakhir termasuk kemenangan mudah di Melbourne tahun lalu dengan kelebihan 0.270 saat pada sesi kelayakan, prestasi mereka kini menurun berbanding pesaing utama seperti McLaren, Ferrari dan Mercedes.

Verstappen secara terbuka mengakui McLaren menjadi pasukan paling dominan selepas ujian pramusim di Bahrain dengan menunjukkan kelebihan mereka dalam perlumbaan jarak jauh.

“Saya tidak rasa kami boleh bersaing untuk kemenangan di Melbourne (GP Australia). Sudah tentu ada beberapa aspek pada RB21 yang lebih sesuai di Melbourne berbanding Bahrain.

“Tetapi buat masa ini, hanya satu pasukan yang benar-benar berada di hadapan dan pasukan itu berwarna oren (McLaren). Daripada pihak kami, masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Verstappen.

Kenyataan itu mencerminkan kebimbangan Red Bull selepas menghadapi pelbagai isu teknikal dalam sesi ujian termasuk Liam Lawson yang terpaksa menghentikan simulasi perlumbaan akibat kehilangan tekanan air, manakala jentera RB21 masih belum menunjukkan kestabilan.

Pengarah Teknikal Red Bull, Pierre Wache juga tidak terlalu optimis mengenai situasi pasukan menjelang perlumbaan pembukaan musim 2025, GP Australia di Litar Albert Park, Melbourne pada 16 Mac ini..

“Ujian di Bahrain tidak berjalan seperti kami jangkakan. Saya tidak gembira kerana kereta tidak memberi tindak balas seperti yang diinginkan,” katanya.

Masalah lama menghantui Red Bull sejak musim lalu masih berlarutan, termasuk isu understeer di selekoh perlahan dan oversteer di selekoh berkelajuan tinggi ketika ujian pramusim di Litar Sakhir, Bahrain – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI