fbpx

Slot berang aksi buruk 45 minit pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) terus menjadi nadi kemenangan buat Liverpool apabila menyempurnakan dua sepakan penalti kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot hilang punca kepada prestasi bawah par yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang tempoh 45 minit pertama ketika menentang Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield kelmarin.

Walaupun bangkit mencatat kemenangan 3-1, namun Slot merasakan fokus para pemainnya mungkin terjejas disebabkan terlalu memikirkan aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Rabu ini.

“Saya tidak akan tahu (punca sebenar) kerana saya tidak melihat apa yang ada dalam kepala setiap pemain. Tetapi saya fikir perlawanan pertama menentang PSG sebelum ini sudah pun memberi amaran bahawa kami perlu lebih bersedia menghadapi aksi kedua.

“Satu-satunya perkara bagus adalah pemain tidak menunjukkan keletihan. Apa pun kami kini perlu terus melangkah lebih jauh untuk tingkatkan prestasi sebelum hadapi PSG,” katanya.

Terdahulu, Will Smallbone meletakkan Southampton di depan, namun Darwin Nunez kembali menyamakan kedudukan sebelum Mohamed Salah meledak dua lagi gol menerusi sepakan penalti memastikan kemenangan 3-1 buast Liverpool.

Ia turut menyaksikan Salah melonjak ke tangga kelima senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL, berkongsi 184 gol bersama legenda Manchester City, Sergio Aguero dan kini tiga lagi jaringan di belakang bekas penyerang Manchester United, Andy Cole di tangga keempat.

Salah juga sudah memintas rekod Luis Suarez menerusi 44 sumbangan gol semusim hasil 27 gol serta 17 bantuan jaringan, dan memerlukan tiga lagi bantuan jaringan untuk mencipta satu lagi sejarah baharu memadam rekod Thierry Henry.

Sementara itu, Slot juga mengakui beliau tidak boleh memberikan pujian kepada pemain tetapi terpaksa memberi teguran keras ketika di bilik persalinan bagi menaikkan moral mereka.

“Saya tidak beri pujian kepada mereka. Saya tidak fikir saya salah jika mengatakan prestasi kami agak teruk di babak pertama. Mujur pertukaran yang dilakukan nyata meningkatkan kualiti kepada persembahan kami,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI