fbpx

JDT tagih magis SSI tundukkan Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain JDT menjalani latihan di SST menjelang aksi timbal balik pusingan 16 ACLE menentang Buriram malam esok. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin pasukan kendaliannya mampu menundukkan Buriram United seterusnya melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) malam esok.

Keyakinan itu hadir setelah Harimau Selatan mempunyai rekod cemerlang beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Katanya, JDT tidak memikul sebarang bebanan apabila berjaya mengekang pasukan The Thunder Castle itu tanpa jaringan di Chang Arena, Bangkok, Thailand pada Rabu lalu.

“Ia satu keputusan yang baik, ini adalah hasil penat lelah pemain yang bermain secara kompak dan ketika bertahan. Pemain berikan 100 peratus dalam pertemuan itu.

“Kini aksi timbal balik bersambung di SSI, JDT adalah pasukan yang berbeza bila berentap di gelanggang sendiri. Kita akan tunjukkan potensi sebenar kami,” ujarnya.

Pada musim ini, JDT sudah berdepan dengan pasukan kendalian Osmar Loss itu dua kali, namun kedua-dua pasukan sama kuat setelah perlawanan berakhir seri tanpa jaringan.

Dalam aksi kumpulan Zon Timur ACLE yang berlangsung di SSI pada Disember lalu, ia turut dicemari insiden kekasaran dengan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan.

Menurut Bidoglio, beberapa pengajaran boleh diambil dalam aksi pertama pusingan 16 ACLE minggu lalu setelah pergerakan pasukan kurang lancar dan menjejaskan momentum permainan.

“Tidak dinafikan mereka adalah pasukan yang hebat menyebabkan kita berdepan kesukaran untuk bergerak. Ini yang perlu ditambah baik bagi membolehkan pemain beraksi secara sepasukan dengan licin.

“Bola berada di gelanggang kita, jadi kita tak boleh sia-siakan peluang untuk mara ke pusingan suku akhir dan seterusnya lihat sejauh mana kita mampu melangkah,” ujarnya.

Untuk rekod, tiket perlawanan bagi menyaksikan pertemuan antara JDT dan Buriram United malam esok habis terjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI