fbpx

Kumpulan Pixlr perkenalkan inovasi terbaharu AI Design

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kakitangan Kumpulan Pixlr dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kumpulan Pixlr secara konsisten telah meneroka sempadan kreativiti dengan alatan kecerdasan buatan (AI) yang canggih untuk membolehkan syarikat menghasilkan sesuatu reka bentuk dan penceritaan yang lebih pintar dan mudah diakses.

Antara produk yang dikeluarkan adalah Pixlr.com, set penyuntingan foto berkuasa AI yang canggih, rekaan AI, platform kreatif untuk reka bentuk dan penjenamaan automatik serta Vectr.com, penyunting grafik vektor yang mesra pengguna. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pixlr, Warren Leow berkata, dengan misi untuk memperkasakan pencipta di semua peringkat kemahiran, platform ini telah membantu berjuta-juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. 

Menurut beliau, sudah pastinya dalam landskap kecerdasan buatan yang sentiasa berubah dan industri secara keseluruhan, Kumpulan itu tidak berpuas hati untuk kekal sama, walaupun dengan pengguna yang pelbagai. 

“Oleh itu, pasukan berbakat Pixlr dari seluruh dunia sentiasa mencari cara untuk menambah baik dan berinovasi, bersemangat untuk mengembangkan portfolio produknya yang sentiasa berkembang. 

“Kini, Designs.ai, set kreatif dikuasakan AI yang memudahkan penciptaan kandungan melalui automasi dan teknologi pintar telah memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu AI Design. 

“Ciri baharu ini memperkenalkan automasi pintar, membolehkan pengguna menjana visual sejajar jenama yang menakjubkan dalam beberapa saat dengan pengeditan segera,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

AI Design bukan sahaja dapat menghasilkan grafik yang menarik tetapi proses itu juga menjadi lebih mudah dan menyeronokkan untuk penggunanya serta dapat menjimatkan masa.

 Leow menerangkan, ia telah diusahakan sejak 2024 dengan niat untuk menyegarkan tawaran AI SaaS dengan produk baharu. 

“Dengan 5,000 templat AI pada titik pelancaran, berjuta-juta pilih atur dan kombinasi berbeza boleh dibuat melalui gesaan mudah. Ini bermakna pengguna boleh menukar gaya, reka bentuk dan teks mengikut keinginan mereka menggunakan kombinasi pintar templat AI dan gesaan AI (AI prompting).

 “Ciri ini memberi kuasa kepada pengguna untuk menghasilkan visual yang menarik dengan mudah, mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan secara tradisi sambil mengekalkan kreativiti dan identiti jenama,” jelas beliau. 

Dicipta untuk mempercepatkan aliran kerja secara ringkas, AI Design juga adalah jawapan yang membolehkan perniagaan dan pencipta menghasilkan kandungan tanpa mengorbankan kualiti. 

“Kami berharap ciri baharu ini akan membantu pengguna menjimatkan masa, kos dan usaha yang diperlukan untuk mempunyai komunikasi yang cemerlang dan berkesan,” ujarnya. 

AI Design kini tersedia dalam platform Designs.ai, bagi mengukuhkan misi jenama untuk mendemokrasi kreativiti melalui penyelesaian yang dikuasakan AI. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI