fbpx

Peniaga simpan mercun, bunga api RM90,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun dan bunga api bernilai keseluruhan RM90,000 yang dirampas dalam serbuan di Taman Bestari, Gong Badak, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang peniaga yang mempunyai enam rekod jenayah untuk mengaut keuntungan besar dengan menjual mercun dan bunga api secara haram pada bulan Ramadan ini berkecai apabila diberkas polis di Taman Bestari, Gong Badak di sini pada kelmarin.

Serbuan di sebuah premis pada pukul 4.49 petang itu berjaya merampas 247 kotak mengandungi mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai keseluruhan RM90,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, antara jenis mercun dan bunga api yang dirampas dalam serbuan tersebut ialah Shoot Roman Candle, Happy Boom Sky Dragon, Happy Boom Thunder Clap dan Happy Boom Flower Camelia.

“Suspek berusia 35 tahun gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan mercun dan bunga api terbabit. Pemeriksaan mendapati suspek tidak pernah memohon permit memiliki dan menjual mercun dan bunga api daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azli berkata, berdasarkan soal-siasat awal, peniaga tersebut mengaku mendapatkan bekalan mercun dan bunga api tersebut dari Selangor serta mula menyimpan bekalan mercun dan bunga api berkenaan sejak Selasa lalu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI