fbpx

[VIDEO] ‘Satu Putrajaya dah kenal kau dik…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Honda Jazz yang diparkir di Dataran Perdana Putrajaya menghalang laluan keluar masuk menyebabkan ramai pengguna terperangkap, semalam.

PETALING JAYA – “Bila orang tegur, akak hempas pintu kereta dan terus pergi tanpa minta maaf pun. Bagus sangat perangai akak.”

Itu antara luahan seorang individu yang kecewa dengan dua wanita yang memakir kereta di Dataran Perdana Putrajaya di laluan keluar masuk menyebabkan ramai terperangkap dan terlepas solat maghrib, semalam.

Menerusi perkongsian video di media sosial individu itu berkata, disebabkan itu juga, ada keluarga terpaksa membatalkan tempahan bufet di restoran berhampiran kerana laluan dihalang oleh kereta Honda Jazz berkenaan sejak pukul 6 petang.

“Kita orang sampai dekat kereta 7.50 malam. Tapi akhirnya berjaya keluarkan kereta 8.30 malam. Lain kali kalau parkir bertindih, tepi atau yang halang jalan, tolong tinggalkan nombor telefon. Jangan pentingkan diri sendiri!.

“Ramai abang-abang termasuk ayah yang ada major slip disc dan adik tolong alihkan kereta yang parkir tepi dekat sini sebab tak lepas. Pergi kereta 7.50 malam sebab nak pergi solat maghrib tapi…

“Layak la kena maki dengan abang-abang ni sebab akak berdua dah buat orang ramai terlepas solat maghrib. Selamat berjaya kak tanggung semua,” luahnya.

Lebih mengecewakan, wanita yang juga pemilik Honda Jazz berkenaan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah malah juga tidak meminta maaf.

“Banyak benda saya boleh sabar kak, tapi sampai terlepas solat memang rasa nak mengamuk. Peringatan mesra kepada semua gadis di luar sana. Biar muka cantik, bersolek 10 kilogram, tapi jangan bodoh!

“Bila orang tegur, akak hempas pintu kereta dan terus pergi tanpa minta maaf pun. Bagus sangat perangai akak,” katanya.

Hantaran berkenaan mengundang rasa tidak senang orang ramai yang rata-rata turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab kedua-dua wanita berkenaan.

“Parkir dekat laluan keluar masuk, lepas tu boleh cakap ‘tadi kosong’. Memanglah kosong, nama pun laluan keluar masuk. Berapa ramai yang awak susahkan tadi? Harap boleh tidur lena lah malam ni ya,” komen @Encik G II.

“Cakap dekat dia tahniah, satu Putrajaya dah kenal dia,” ujar @kakak tiko.

“Peringatan! Kalau parkir bertindih, letak nombor telefon anda dan jangan tarik brek tangan okey. Jangan jadi warga yang menyusahkan,” pesan netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@qkljpcztd Honda Jazz buat hal lagi☺️ #fyp #honda #dataranputrajaya ♬ original sound – n

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI