fbpx

[VIDEO] Jojo ‘belanja’ lagi, netizen tetap tak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kemesraan Jojo bersama seorang wanita, Queenna.

PETALING JAYA – Peninju popular Muay Thai negara, Johan Ghazali atau mesra disapa Jojo kini dilihat lebih terbuka mendedahkan hubungannya dengan kekasih.

Selain pernah mengenakan baju yang tertulis ‘Queenna’, Jojo juga ‘senang hati’ memaparkan kemesraannya bersama wanita yang dikenali sebagai Queenna Khan.

Terkini, Jojo telah memuat naik video di media sosialnya yang dirakamkan mereka secara bergilir-gilir dengan hanya meletakkan kapsyen berbentuk hati.

Menerusi video berkenaan, Queenna kelihatan ayu menggayakan busana putih sementara jaguh Muay Thai itu segak berbaju Melayu.

Walaupun masih ada yang ‘patah hati, namun rata-rata netizen mendoakan kedua-dua pasangan itu bertemu jodoh malah mereka tidak henti-henti memuji kecantikan Queenna.

“Masya-Allah, cantiknya Queenna,” puji @fyfa.

“Boleh tak Johan jaga hati perempuan-perempuan lain juga? Sebab patah hatiku, retak semua,” luah @iDeena.

“Okey, dunia ni kau orang berdua punya!,” komen seorang pengguna.

“Okey la, kali ni ketua menang,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@johanghazali7🤍

♬ som original – Elldzs★

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI