fbpx

Elly Mazlein diminta ganti geng 3 Pagi Era

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

MINGGU ini macam-macam isu yang berlaku dan pastinya paling panas tentang kontroversi melibatkan tiga penyampai Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.

Selepas mereka diumumkan sudah digantung tugas, memang banyak nama yang disebut netizen untuk menggantikan posisi mereka.

Antara yang disebut ialah Elly Mazlein sebab mahukan lawak jenaka yang lebih segar dan bukannya kerja asyik nak membahan orang lain sahaja.

Kemudian, ada juga yang Diva baca keputusan meletakkan Namie dalam slot pagi keputusan tepat kerana cara penyampaian yang lebih beretika.

Memang banyak betul komen tetapi mungkin semua yang berlaku ada hikmah juga. Sekurang-kurangnya banyak bakat lain yang orang ramai boleh lihat.

Harapnya isu ini selesai segera dan semua pihak dapat memaafkan antara satu lain, jadikan pengajaran ya. Bukan semua benda boleh buat lawak.

Diva: Untuk penyampai radio lain harap jadikan iktibar, begitu tukang upload video ke media sosial, jangan fikir nak viewer sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI