fbpx

Sultan Selangor berbuka puasa atas KD Terengganu, KD Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan memberi sumbangan kepada saudara baru anggota TLDM di Pangkalan TLDM Pulau Indah, Klang. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas Kapal Diraja (KD) Terengganu dan KD Pahang hari ini.

Ketibaan baginda yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Dr. Zulhelmy Ithnain di Pangkalan TLDM Pulau Indah di sini kira-kira pukul 6.40 petang.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga asnaf dan mualaf serta menyaksikan upacara ‘Sunset Ceremony’ di atas KD Terengganu sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih bersama kira-kira 300 warga TLDM.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin menyemarakkan semangat anggota TLDM untuk terus komited menjalankan tugas dan amanah melindungi kedaulatan maritim sekaligus menjaga keamanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI