fbpx

Namakan lipas sempena bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program menamakan lipas dan tikus sempena Hari Kekasih di Zoo San Antonio kembali untuk tahun kedua selepas sambutan menggalakkan tahun lepas. - Zoo San Antonio

AUSTIN, Texas – Rasa meluat dengan bekas kekasih? Sebuah zoo di Texas menawarkan satu penyelesaian kepada isu tersebut sempena Hari Kekasih akan datang dengan program namakan lipas sempena bekas kekasih anda.

Program yang diperkenalkan pada tahun lalu itu kembali diadakan atas permintaan memberangsangkan daripada orang ramai, lapor United Press International (UPI), kelmarin.

Menurut kenyataan Zoo San Antonio, mana-mana individu yang berasa teraniaya dengan bekas kekasih mereka,  boleh membayar AS$5 (RM20) untuk menamakan lipas yang akan diberi makan kepada haiwan-haiwan di zoo tersebut.

Sesiapa yang inginkan ‘balas dendam’ yang lebih kejam, mereka boleh memilih pakej $25 (RM101) bagi seekor tikus beku yang bakal menjadi hidangan untuk ular.

“Anda juga boleh membeli secara simbolik mana-mana haiwan atau serangga dan kami akan menghidangkannya sebagai makanan kepada salah seekor mamalia kami.

“Kami menawarkan peluang menamakan lipas dan tikus ini untuk mengingati bekas kekasih anda yang tidak berguna  sempena hari meraikan cinta yang istimewa,” kata zoo itu lagi.

Selain itu, mereka yang menamakan serangga terpilih itu akan menerima sijil pengesahan yang menunjukkan binatang itu selamat dijadikan hidangan mamalia dan sedia untuk dikongsi di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI