fbpx

DOSM cemerlang wakili Malaysia ke UNSC56, New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNSC56 yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mac, baru-baru ini di di New York, Amerika Syarikat dan Mohd Uzir (gambar kecil).

PETALING JAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mewakili Malaysia pada Sesi ke-56 United Nations Statistical Commission (UNSC56) di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang mengetuai delegasi Malaysia menekankan pencapaian Malaysia dalam pembangunan statistik.

Menerusi kenyataan, beliau berkata, semasa UNSC56, 34 agenda telah dibincangkan dan disahkan, termasuk 22 untuk perbincangan dan keputusan, keputusan (2) dan maklumat (10).

“Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan ini, mengemukakan 34 kenyataan bertulis nasional dan menyampaikan tujuh kenyataan lisan.

“Antara bidang tumpuan utama termasuk Prinsip Asas Perangkaan Rasmi, Akaun Negara, Banci Penduduk dan Perumahan, Statistik Ekonomi, Klasifikasi Statistik Antarabangsa dan Statistik Migrasi.

“Malaysia juga terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi, mesyuarat kumpulan pakar dan acara sampingan, berkongsi pengalaman nasional serta amalan terbaik dengan Pejabat Perangkaan Kebangsaan dan agensi perangkaan antarabangsa lain,” kata kenyataan itu.

Mohd Uzir berkata, penyertaan DOSM dalam UNSC56 memastikan amalan statistik Malaysia sejajar dengan piawaian global.

Jelas beliau, ia juga mengukuhkan komitmen DOSM terhadap data yang boleh dipercayai dan setanding di peringkat antarabangsa.

“Kehadiran Malaysia di forum global berprestij ini menegaskan komitmen kami untuk meningkatkan kapasiti statistik, memupuk inovasi, dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

“Penyertaan kami membolehkan Malaysia bertukar-tukar kepakaran, belajar daripada amalan terbaik global, dan menyumbang kepada evolusi metodologi statistik untuk memberi manfaat kepada semua negara,” ujarnya.

UNSC56 tahun ini menarik hampir 500 peserta dari 98 negara dan 38 agensi antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan.

Acara itu menampilkan 380 kenyataan bertulis, 57 acara sampingan secara bersemuka, dan 38 acara sampingan maya, semuanya didedikasikan untuk meningkatkan kredibiliti dan kebolehbandingan statistik global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI