fbpx

Remaja ceroboh pesawat, bawa senjata api 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek yang memakai seragam pekerja penyelenggaraan ditahan di Lapangan Terbang Avalon. - 7News

CANBERRA – Satu klip video tular memaparkan seorang penumpang mempertaruhkan nyawanya untuk menangkap seorang remaja yang cuba menyelinap masuk ke dalam pesawat bersama senapang patah dan pisau, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Suspek berusia 17 tahun itu dilaporkan memakai seragam pekerja penyelenggaraan sebelum masuk ke dalam pesawat Jetstar di Lapangan Terbang Avalon, Melbourne. 

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan suspek ditahan oleh seorang juruterbang dan penumpang bernama Barry Clark, di atas lantai pesawat. 

Jurucakap Polis Victoria, Michael Reid berkata, remaja itu dipercayai merangkak masuk melalui sebuah lubang di pagar keselamatan.

“Suspek mula gelisah selepas pramugari meminta pas dan kad pengenalan. 

“Dia ditahan dan didakwa atas lapan kesalahan,” tambah Reid. 

Ketua Lapangan Terbang Avalon, Ari Suss, menawarkan penerbangan percuma seumur hidup kepada Clark kerana keberaniannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI