JAKARTA – Perbuatan sekumpulan anggota polis yang mengambil kelapa ketika menyita sebuah gerai tepi jalan di Indonesia menerima kecaman ramai, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mood.jakarta.
Menerusi rakaman CCTV, pasukan polis dilihat mengambil beberapa biji kelapa ketika pekerja gerai memindahkan buah tersebut ke dalam gerai.
Ketua Polis Pamong Praja, Samarinda berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada penjual untuk tidak berniaga di bahu jalan.
“Mereka tidak mengendahkan teguran menyebabkan anggota-anggota kami terpaksa menyita barang perniagaan tersebut.
“Kelapa yang disita tidak dicuri dan boleh diambil semula di pejabat,” tambahnya.
Perbuatan itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada netizen.
“Polis mengambil kesempatan dalam kesempitan!” kata seorang netizen. – AGENSI