fbpx

Pembeli sangka Wan Maimunah buat gimik jual ayam golek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Maimunah (kiri) bersama bersama sebahagian pelanggan yang singgah di gerai ayam golek milik anaknya di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Gerai Ayam Golek Ferris Wheel yang diusahakan anak pelakon veteran, Wan Maimunah menjadi tumpuan pengunjung di Kampung Wakaf Beruas di sini sejak 1 Ramadan lalu. 

Pelakon berusia 68 tahun yang mesra dipanggil Ibu berkata, sejak Ahad lalu ramai yang singgah di gerai tersebut selepas melihat kain rentang gergasi yang memaparkan wajahnya. 

“Mereka mahu tahu sama ada Ibu benar-benar berniaga atau sekadar gimik perniagaan. Kebetulan hari pertama puasa, Ibu turun lewat selepas solat Asar,” katanya ketika ditemui di gerai itu kelmarin. 

Wan Maimunah berkata, bagi memenuhi permintaan ramai, dia mula turun padang seawal pukul 3.30 petang sejak Isnin lalu. 

“Ramai singgah bukan sekadar untuk beli ayam golek, ada yang ajak berswafoto dan merakam video. Alhamdulillah lebih 80 ekor ayam golek terjual setiap hari. 

“Ayam golek dijual pada harga RM28 seekor atau RM16 setengah ekor. Kami juga menjual nasi beriani RM5 sebungkus dan pelbagai jenis air,” katanya. 

Wan Maimunah berkata, walaupun jualan ayam golek licin, namun orang ramai tetap berkunjung ke gerai anaknya untuk bergambar dan berbual dengannya. 

Lebih terharu, kebanyakan pelanggan menyatakan kerinduan mereka untuk menonton lakonannya terutama watak ibu dalam drama Ramadan dan Syawal. 

“Tawaran berlakon masih ada, tetapi buat masa ini Ibu mahu berehat bersama anak dan menantu sambil membantu mereka berniaga ayam golek,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI