fbpx

Bintang No. 2 dunia kecewa pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZVEREV

INDIAN WELLS – Pilihan utama, Alexander Zverev ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada saingan Indian Wells selepas tunduk kepada pemain ranking ke-43 dunia dari Belanda, Tallon Griekspoor hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Zverev tumpas dengan keputusan 6-4, 6-7 (5/7), 6-7 (4/7) sekali gus meranapkan impiannya selepas berhasrat untuk menggunakan tempoh penggantungan Jannik Sinner sebagai peluang mendaki ranking dunia.

Zverev di ranking kedua dunia, enggan memberikan banyak alasan ekoran kekalahan tersebut dan mengakui dia tidak bermain dengan baik.

“Saya boleh memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya saya tidak bermain tenis yang baik ketika ini.

“Saya tidak berada pada tahap yang saya mahukan, jauh daripada apa yang saya tunjukkan di Australia. Saya sangat kecewa dengan permainan saya,” kata Zverev.

Kekalahan tersebut adalah kali pertama dalam tempoh lapan tahun pemain pilihan utama tewas pada perlawanan pertama di pentas Indian Wells.

Pemain Jerman itu mengakui servisnya tidak berfungsi dengan baik selain pukulan rali semakin lemah dan secara keseluruhan, permainannya jauh daripada standard yang diinginkan.

“Saya tidak berjaya melepasi pusingan pertama atau kedua ketika ini. Saya perlu mencari jalan keluar daripada masalah ini.

“Saya bekerja keras, tetapi semuanya masih belum menjadi. Saya hanya perlu terus berlatih dan mencari jalan untuk memperbaikinya,” tambah Zverev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI