fbpx

Teruja dapat ‘tax refund’, boleh raya awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rata-rata pembayar cukai sudah pun menerima wang lebihan cukai bermula minggu ini.

PETALING JAYA – Golongan pembayar cukai boleh menarik nafas lega apabila menerima wang lebihan cukai daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Meskipun pemulangan itu biasanya mengambil masa selama 30 hari, namun ada pembayar cukai yang menerimanya dalam tempoh kurang seminggu sejak dibuka pada 1 Mac lalu.

Susulan itu, ramai menganggap wang lebihan cukai tersebut sebagai ‘bonus’ lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut kira-kira tiga minggu lagi.

“Yahoo, duit pemulangan cukai masuk. Boleh ‘shopping’ 9belanja) raya dengan aman,” kata Aina Syafiqah.

“Alhamdulillah dapat dah ‘tax refund’ (bayaran lebihan cukai). Raya awallah kita kali ini,” ujar Tyqa.

“Dapat ‘tax refund’ semalam terus bayar (hutang) kad kredit. Lega,” kongsi Siti.

Bermula 1 Mac lalu, bagi tahun taksiran 2024, semua pembayar yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax atau platform ezHASiL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI