fbpx

EPL: Peluang terbaik Arsenal ratah United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINO (kanan) kekal diturunkan sebagai penyerang utama menentang United tengah malam ini. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan pasukannya dilabel sebagai pilihan utama, sebaliknya tetap menghormati status Manchester United sebagai kelab gergasi menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford tengah malam ini.

Sebagai rekod, jurang antara kedua-dua pasukan musim ini sangat ketara apabila dibezakan dengan 21 mata selepas United hanya menduduki tangga ke-14 berbanding Arsenal di tempat kedua liga.

Namun, Arteta mahu barisan pemain menolak ke tepi segala kelebihan kedudukan liga dan fokus dalam misi mencari tiga mata penting sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu EPL, Liverpool musim ini.

“United masih lagi kelab yang memiliki reputasi dan sejarah cukup hebat. Malah sehingga kini, mereka masih lagi mempunyai legasi yang utuh dengan ramai pemain berkualiti.

“Jika kita memandang rendah dengan keupayaan mereka, ia bakal memberi ancaman kerana United sangat berbahaya dan sukar dijangka.

“Mungkin beberapa perlawanan lepas mereka tidak bernasib baik tetapi saya yakin pasukan lawan masih mampu mencipta kejutan jika kita terleka,” katanya.

The Gunners ketika ini berada dalam momentum terbaik untuk meraih tiga mata berharga apabila berjaya melakar kemenangan bergaya 7-1 ke atas PSV Eindhoven pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal minggu ini.

Jika mengekalkan prestasi itu, tidak mustahil Arsenal mampu berpesta gol dengan membelasah United sekali gus memadam ‘luka lama’ yang sentiasa menghantui mereka ketika dibelasah 2-8 oleh lawan tersebut di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada 28 Ogos 2011.

Sementara itu, pemain tengah bertahan Arsenal, Mikel Merino mengakui semakin selesa dengan tugas selaku ‘libero’ apabila diberi peranan sebagai penyerang utama pasukan sejak beberapa perlawanan lepas.

“Amanah diberikan kepada saya sejak bulan lalu adalah sesuatu yang gila tetapi saya sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk beri aksi terbaik buat pasukan.

“Jika jurulatih mahu saya bermain di posisi penyerang, saya perlu lakukan sebaik mungkin dan ketika ini, keserasian kami yang beraksi di jentera serangan semakin padu.

“Sudah tentu saya harap dapat terus membantu pasukan dalam usaha mencapai kemenangan penting nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI