fbpx

‘Kami tak pernah ada niat nak tapau satu dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insomniacks tidak kisah dilabel band picisan.

PETALING JAYA – Tidak berkecil hati dilabel populariti band tak kukuh, kumpulan Insomniacks lebih mengutamakan kepuasan peminat.

Menegaskan tidak mengejarkan populariti, ahlinya Iskandar atau Wan Arif Iskandar, 29, hanya mahu fokus dengan kualiti karya yang mahu disajikan kepada peminat.

“Kami lebih suka untuk memberi fokus kepada peminat kerana merekalah khalayak sasaran kami. Itulah juga sebabnya kami buat muzik, bagi memberikan kepuasan kepada orang-orang yang menyukai muzik kami, itupun sudah kejayaan besar buat kami.

“Kami tidak pernah ada niat untuk tapau agar satu dunia suka. Kami bukan ‘people pleaser’.

“Kami hanya mahu buat muzik yang kami minat, tidak mengejar populariti kerana kami cuma mahu buat konsert sahaja,” katanya mewakili Insomniacks kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, kumpulan yang terdiri daripada Iskandar, Iqie dan Danial itu bakal mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur dan Singapura tahun ini.

“Kami sudah mengadakan persembahan di Singapura beberapa kali. Memang mereka harap kami akan datang lagi dan adakan konsert.

“Jadi semasa konsert nanti, kami akan menyanyikan lebih 20 lagu termasuk beberapa lagu ‘cover’. Kami mahu berikan kelainan yang tidak pernah penonton rasai sebelum ini.

“Kami terlibat memberi sumbangan idea kepada penganjur untuk konsert. Memang niat nak buat banyak benda gila, tetapi kami kena fikirkan bajet,” katanya.

Insomniacks bakal beraksi di dua konsert berskala besar anjuran SAH Entertainment iaitu Zepp, Kuala Lumpur pada 12 Julai depan diikuti Capitol Theatre, Singapura, pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI