fbpx

Negara perlu bangunkan keupayaan AI dalam bidang semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind (tengah) ketika merasmikan platform Malaysia Semiconductor Industry Association AI Nexus (MAIN) di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Malaysia tidak boleh hanya sekadar menjadi pengguna teknologi kecerdasan buatan (AI) sebaliknya perlu melangkah lebih jauh dengan membangunkan keupayaan AI sendiri bagi memperkukuh kedudukan sebagai hab semikonduktor global.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana dalam usaha mempercepatkan transformasi digital negara, pembangunan ekosistem AI yang kukuh di peringkat domestik amat penting.

“Selain mengadaptasi teknologi AI sedia ada, Malaysia juga perlu melahirkan juara AI tempatan dalam sektor semikonduktor bagi memastikan daya saing yang berterusan di peringkat antarabangsa.

“Dengan industri semikonduktor yang semakin dipacu AI, langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk mengekalkan daya tarikan pelaburan asing dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan teknologi global,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan platform Malaysia Semiconductor Industry Association AI Nexus (MAIN) di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai.

Menurut Gobind, pihaknya menyeru semua pemain industri semikonduktor, pembangun AI, institusi penyelidikan, dan pembuat dasar untuk bekerjasama secara aktif. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI