fbpx

Lee Junki si cef seksi beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUNKI

AKTOR ternama Lee Junki akan membuat kemunculan semula dalam lakonan. Perkara berkenaan didedahkan satu sumber yang mengatakan dia akan tampil menjayakan watak utama sebuah drama berjudul Link terbitan tvN.

Dalam drama berkenaan, Junki akan memegang watak sebagai Eun-gyehoon, seorang pemilik restoran di sebuah kejiranan usang.

Kawasan tersebut merupakan lokasi yang menyaksikan kehilangan misteri kembarnya dalam satu kejadian yang berlaku 20 tahun lalu.

Perniagaan yang dijalankan Gyehoon mendapat sambutan luar biasa kerana dia berjaya menarik kehadiran pelanggan dengan imej dan visual seksinya.

Bagaimanapun, pertemuannya dengan seorang wanita misteri menawan hatinya sekali gus membuatkan kehidupannya berubah serta-merta.

Link diklasifikasikan sebagai drama fantasi melodrama dan misteri.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung pembikinan atau penyiaran naskhah tersebut.

Penampilan Junki dalam drama Link bakal menjadi kemunculan semula dirinya selepas kali terakhir membintangi drama Flower of Evil setahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI