fbpx

Victor Han minta sumbangan daripada peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA wang, tetapi bakal berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dalam masa terdekat mendesak penyanyi Victor Han meminta sumbangan daripada peminat.
Menerusi satu rakaman video, dia memberitahu sudah menerima notis daripada mahkamah dan perlu melantik peguam bagi mewakili kesnya.
Victor berdepan saman daripada agensi CORONA X Entertainment kerana meninggalkan kumpulan AboutU, selain didakwa memberi kenyataan salah berkenaan punca dia diberhentikan daripada syarikat itu.
“Saya memang ada menyimpan wang, tetapi semuanya sudah habis digunakan untuk membayar bil hospital nenek.
“Ada ramai yang mahu membantu, jadi saya tebalkan muka dan muat naik video ini untuk meminta sumbangan daripada anda semua.
“Saya tahu ini memalukan tetapi jika anda menyumbang 1,000 won (RM3) pun, itu sudah cukup besar bagi saya,” ujarnya yang mahu menggunakan wang tersebut untuk melantik peguam.
Tambah penyanyi berusia 30 tahun itu, jika kalah dia akan dihalang daripada muncul dalam sebarang program dalam televisyen dan YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI