fbpx

Nur Khalisya hilang 11 hari ditemui selamat di rumah keluarga angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Khalisya

KUALA LUMPUR – Remaja perempuan berusia 16 tahun, Nur Khalisya yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemui selamat di Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat bersama keluarga angkatnya.

“Maklumat lanjut berkaitan penemuan akan dimaklum kemudian,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Nur Khalisya yang juga adik kepada pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), Hadin Azman dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat pada 25 Februari lalu.

Mohamad Lazim berkata, remaja itu kali terakhir dikesan sekitar pukul 5 petang di kawasan Taman Permainan PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, ibu remaja berkenaan membuat laporan polis pada pukul 11.29 malam hari yang sama selepas anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI