fbpx

Paetongtarn minta Malaysia tangani banjir Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Paetongtarn Shinawatra (kanan). - Foto AFP

BERLIN – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak segera bagi menangani masalah  banjir di Lembangan Sungai Golok dan sebuah projek infrastruktur sempadan utama yang boleh meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

Laman berita Thaiger melaporkan semalam bahawa Paetongtarn menyuarakan komitmen Thailand untuk menangani banjir teruk di Lembangan Sungai Golok  yang melanda kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Thailand komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini bersama Malaysia bagi meringankan penderitaan penduduk di kawasan terjejas,” kata Paetongtarn ketika menghadiri Konvensyen ITB di Berlin, Jerman.

Perdana Menteri Thai itu menggesa Malaysia menyegerakan penggubalan dua perjanjian utama iaitu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu dan MOU Perakuan Keputusan Ukur dan Penanda Sempadan Tetap.

Perjanjian tersebut, katanya, akan meletakkan asas bagi penyelesaian yang sistematik dan mapan.

Pemimpin berusia 38 tahun itu mendesak supaya pos pemeriksaan sempadan baharu  antara Sadao dan Bukit Kayu Hitam disiapkan segera.

Ia merupakan sebuah projek yang dijangka dapat meningkatkan perdagangan dan perjalanan antara Thailand dengan Malaysia.

Paetongtarn menyeru Malaysia memastikan bahagian mereka berada di landasan yang betul untuk mengelakkan kelewatan dalam membuka pos  pemeriksaan baharu itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI