fbpx

Bintang Baywatch ditemui meninggal dunia di kediamannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Pamela Bach ditemui meninggal dunia di kediamannya di Hollywood Hills dipercayai akibat bunuh diri semalam.

BINTANG siri popular Baywatch, Pamela Bach ditemui meninggal dunia di kediamannya di Hollywood Hills dipercayai akibat bunuh diri semalam.

Berita kematian bekas isteri aktor, David Hasselhoff itu disahkan pegawai perubatan Los Angelas.

Dalam sebuah kenyataan, Hasselhoff turut memohon ruang selain menzahirkan terima kasih atas sokongan moral yang diberikan.

“Keluarga amat berduka dengan pemergian Pamela Hasselhoff.

“Kami berterima kasih dengan kasih sayang dan sokongan yang diberikan pada tempoh sukar ini.

“Namun, kami mohon ruang dalam menempuh saat ini,” kata Hasselhoff.

Pelakon berusia 62 tahun itu dilahirkan di Tulsa, Oklahoma dan memulakan kerjaya lakonan pada 1970.

Kemudian, Bach bertemu dengan Hasselhoff ketika membintangi siri televisyen popular, Knight Rider.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 1989. Bagaimanapun, mereka berpisah pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI