fbpx

Kelakar! Ira Kazar ‘makan’ pelempang Zarina Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina dan Ira melakonkan watak sebagai madu.

PETALING JAYA – “Terima kasih kak wakilkan kami lempang muka dia.”

Itu antara respons netizen selepas menonton drama sebabak lakonan Zarina Zainuddin bersama Ira Kazar untuk mempromosikan produk sebuah jenama.

Dalam video tersebut, Zarina dan Ira melakonkan watak sebagai madu di mana Zarina menjadi isteri pertama yang garang dan sering memarahi dan mengasari madunya.

Zarina dilihat menunjal kepala Ira serta menampar muka anak kepada pelakon Kazar itu dengan kuat.

Babak tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menonton.

Ada yang berpendapat lakonan Zarina terlampau ‘over’ dan tidak sepatutnya dia menampar muka Ira dengan kuat.

“Macam melebih pula yang bab tampar tu. Agak-agak la nak tampar. Sakit tu mungkin tak sangat, tapi malu wei. Apalah perasaan bapa dia tengok anak kena tampar,” komen netizen.

Namun ada juga yang menyokong tindakan Zarina dan berasa puas hati apabila wajah bekas isteri Syamsul Yusof itu ditampar dengan kuat olehnya.

“Ya ampun penampar tu betul-betul macam dah lama pendam. Penampar tu wakil untuk netizen Malaysia. Terima kasih Kak Ina,” komen netizen yang lain.

Netizen turut memuji Ira yang dilihat bersikap profesional biarpun banyak kali dikasari oleh Zarina dalam lakonan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI