fbpx

Nyaris maut kerana korek hidung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mengalami pendarahan pada salur darah akibat gemar mengorek hidung. - Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki di China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas salur darahnya pecah akibat tabiat mengorek hidung, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Kejadian berlaku di bandar Xianyang, wilayah Shaanxi.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu gemar mengorek hidung, sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di atas katil. 

Ketika melakukan ‘hobi’ tersebut, dia menyedari hidungnya mengeluarkan darah yang banyak secara tiba-tiba. 

Dia bersama isterinya bergegas ke hospital berhampiran apabila gagal menghentikan pendarahan tersebut. 

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan arteri pada hidungnya pecah dan perlu menjalani pembedahan segera. 

Pesakit dilaporkan  semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecemasan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI