fbpx

Bas pekerja sarat muatan kemalangan dengan van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN van dipandu seorang lelaki yang terlibat kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pasir Gudang, Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Sebuah bas pekerja dipandu seorang lelaki warga emas bersama 43 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkenaan, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 7.03 malam.

Sehubungan itu katanya, seramai tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba ke lokasi dalam tempoh lima minit.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah bas pekerja yang sarat dengan penumpang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van dipandu seorang lelaki berusia 50-an.

“Pemandu van yang cedera akibat tersepit dalam kejadian itu dikeluarkan menggunakan peralatan khas, manakala pemandu dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Haizrul, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut hadir ke lokasi, manakala oerasi kemudian ditamatkan pada pukul 9.42 malam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI