fbpx

Masjid Saidina Umar Al-Khattab bukti sumbangan besar masyarakat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN ABDULLAH berkenan merasmikan Masjid Baharu Kampung Teluk Ira, di Temerloh hari ini,

TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Masjid Saidina Umar Al-Khattab Kampung Teluk Ira di sini bukan sekadar menjadi tempat ibadah, tetapi juga pusat pendidikan dan penyatuan umat Islam.

Titah baginda, pembinaan masjid bernilai RM2.7 juta itu adalah bukti pengorbanan serta sumbangan besar masyarakat Islam dalam usaha memartabatkan syiar Islam.

“Kita bersyukur kerana tanah bagi pembinaan masjid ini telah diwakafkan oleh Nik Roseziela Nik Mohd. Yusoff dan Alias Hassan.

“Amalan wakaf ini merupakan satu amal jariah yang pahalanya berterusan selagi masjid ini digunakan untuk ibadah dan kebajikan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Teluk Ira, di sini hari ini, yang turut dihadiri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda turut menegaskan bahawa masjid tidak boleh dibiarkan sunyi, sebaliknya perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dapat memperkukuhkan iman dan perpaduan umat Islam.

“Masjid bukan sekadar tempat untuk bersolat, tetapi medan mendidik jiwa, melahirkan insan berakhlak, dan menyemai ukhuwah Islamiah.

“Oleh itu, saya menyeru masyarakat setempat untuk memastikan masjid ini terus menjadi pusat ilmu dengan pengajian al-Quran, kelas fardu ain serta sesi tazkirah dan kuliah agama,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI