fbpx

Carcosa Seri Negara, Kompleks Sultan Abdul Samad mercu tanda warisan KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar diberi penerangan berhubung kerja-kerja pemuliharaan Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad

PETALING JAYA – Pemuliharaan Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad bertepatan dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kompleks Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad adalah mercu tanda warisan Kuala Lumpur.

“Pemuliharaan ini sekali gus memperkukuh identiti nasional dan memperkayakan pengalaman pelancong serta masyarakat tempatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau hari ini diberi penerangan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berkenaan status semasa kerja-kerja pemuliharaan Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad.

Menurutnya, penerangan melalui “gallery board walk” itu antara lain memaparkan gambaran terkini projek yang sedang dijalankan.

Jelasnya, ia sebahagian daripada inisiatif Khazanah untuk memulihara dan memberi nafas baru kepada bangunan-bangunan warisan negara tersebut.

“Saya percaya usaha ini adalah untuk memastikan bangunan bersejarah ini bukan sahaja dikekalkan tetapi turut dimajukan sebagai pusat kebudayaan dan ekonomi yang mampan serta boleh diakses oleh semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI