fbpx

Pegawai imigresen maut kemalangan di Ayer Keroh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Vios dipandu mangsa selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jalan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka, petang tadi.

MELAKA – Seorang pegawai penguat kuasa Imigresen maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Fadzli Ramli, 40, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi selepas kenderaannya merempuh bahagian belakang lori jenis Isuzu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.56 petang.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu bergerak perlahan di lorong kanan sebelum dirempuh dari belakang oleh kenderaan mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian. Pemandu lori pula tidak cedera.” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI