fbpx

‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’ raikan tradisi Ramadan, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil dari Malayan Flour Mills Berhad (MFM), Michelle Cheng (dua dari kanan) bergambar bersama Pengarang Utusan Malaysia, Aznan Bakar (kanan) dan Pengarang Kosmo, Wan Hasnan Wan Hasan (dua dari kiri) serta Pengurus Kanan Jualan dan Pengiklanan Media Mulia, Nor Lyanna Shorlokman (tengah) di Ibu Pejabat Media Mulia Sdn. Bhd., Quattro West, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Malayan Flour Mills Berhad (MFM) memperkenalkan kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’, sebagai penghargaan terhadap resipi tradisi.

Kempen berkenaan menekankan kepentingan memelihara resipi keluarga, mengeratkan hubungan antara generasi dan meraikan budaya berkongsi hidangan dengan penuh kasih sayang secara turun-temurun.

MFM menerusi kenyataan berkata, produk-produknya seperti MFM Cap Ros muncul sebagai ikon bagi pelbagai resipi yang melangkaui generasi.

“Sejak tahun 1966, jenama tepung MFM menjadi sebahagian warisan keluarga lebih dari lima dekad. Kempen ini berperanan sebagai pelengkap yang menghubungkan kenangan masa lalu dan kini.

“Setiap resipi mengandungi pelbagai cerita tersendiri, daripada gelak tawa di dapur nenek hingga kreativiti anak muda, menjadikan setiap hidangan bukan sekadar hidangan biasa, tetapi satu kapsul rasa yang abadi,” kata kenyataan itu.

MFM Cap Ros merupakan warisan kepercayaan yang diturunkan dari generasi ke generasi selama lebih 60 tahun.

Ia bukan sekadar bahan masakan biasa, malah simbol kesinambungan yang membolehkan keluarga menghasilkan semula rasa asli dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Tepung MFM Cap Ros yang dihasilkan melalui proses teliti bagi mengekalkan kualiti dan diperkayakan dengan vitamin B1, B2, niasin dan zat besi, sesuai digunakan untuk pelbagai juadah tradisional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI