fbpx

Sri Pahang tak minat gelaran ‘pakar seri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FANDI

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mahu semua pemain mengambil tanggungjawab dan memanfaatkan tempoh sebulan untuk memperbaiki setiap kelemahan pasukan sebelum aksi final Piala Malaysia pada 12 April ini.

Perhatian utama Fandi pastinya menjurus kepada pertemuan menentang naib juara Piala Cabaran musim ini iaitu PDRM FC bagi saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Jurulatih dari Singapura itu berpendapat, adalah penting buat Tok Gajah kembali menemui rentak kemenangan selepas sering dipalit keputusan kurang baik dalam enam aksi terakhir Liga Super.

Dengan dua lagi perlawanan Liga Super perlu dilalui sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNB), Fandi kini mahu bersikap lebih terbuka untuk memilih mana-mana pemain.

“Saya kena pastikan kita ada keinginan untuk raih kemenangan selepas beberapa kali gagal melakukannya. Kita terlalu banyak seri hingga digelar pakar seri, jadi harapannya kami mampu ubah prestasi bagi melonjakkan kedudukan pasukan.

“Kami ada dua lagi perlawanan sebelum final, jadi itu fokus kita dan mudah-mudahan pemain tahu yang mereka ada peluang untuk bermain di final.

Selepas aksi dengan The Cops, pertemuan dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 6 April nanti akan menjadi perlawanan terakhir Tok Gajah sebelum turun ke SNBJ untuk membuat perhitungan final Piala Malaysia dengan JDT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`