fbpx

EPL: Elliott mahu buktikan Slot salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIOTT

LIVERPOOL – Wira Liverpool ketika membenam Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin, Harvey Elliott menganggap dirinya sudah bersedia untuk membuktikan keputusan pengurus pasukan, Arne Slot adalah salah.

Selepas jarang mendapat minit permainan, Elliot mahu menjadikan pertemuan menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini sebagai pentas buatnya mengukuhkan reputasi.

“Terserah kepada saya sendiri untuk melaksanakan tugas dan tunjukkan segala-galanya apa yang saya ada. Saya cuba untuk tingkatkan prestasi sendiri dan mahu memainkan peranan buat pasukan.

“Pada akhirnya, saya tidak boleh terlalu berang dengan keadaan semasa kerana pasukan sudah menunjukkan aksi yang bagus. Seperti saya katakan, ia bukan berkisar tentang saya tetapi diri sendiri perlu bersedia untuk menyumbang buat pasukan.

“Saya kena sentiasa bermotivasi dan apa yang saya lalui ketika menentang PSG memberi suntikan semangat untuk buktikan sesuatu sekali gus menghadirkan keputusan terbaik buat pasukan,” katanya.

Elliott menjelaskan dalam apa juga statusnya dalam satu-satu perlawanan sama ada berada dalam kesebelasan utama ataupun tidak, dia hanya perlu memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk berdepan apa juga kemungkinan.

“Saya masih muda, rasa marah dan kecewa kerana saya mahu terus bermain. Dalam masa sama, saya juga perlu hormati keputusan pengurus,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI