fbpx

EPL: Tiada alasan City hilang mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA menggesa barisan pemainnya agar mencatat kemenangan ke atas Forest malam ini. - MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mahu seluruh pasukannya kekal bersedia untuk berdepan apa juga cabaran ketika menentang Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground malam ini.

Menyedari kesukaran dihadapi pasukan dalam dua pertemuan terakhir di venue berkenaan, Guardiola berkata, City tidak boleh mencari alasan, sebaliknya harus menyiapkan diri dengan lebih baik untuk membawa pulang kemenangan.

“Ia pasti akan lebih sukar berbanding musim lalu yang menyaksikan kami seri. Daripada awal kami tahu perlawanan ini akan jadi sukar dan bagi saya tiada apa masalah tentang padang di venue berkenaan.

“Ketika bermain di gelanggang sendiri, kami sendiri yang putuskan bagaimana cara kami mahu bermain. Namun, apabila beraksi di gelanggang lawan, sudah pasti kami kena sesuaikan diri,” katanya.

Dalam dua aksi di City Ground sebelum ini, City diikat 1-1 sewaktu saingan 2023 dan Guardiola mengakui pasukanya seakan bernasib baik apabila menang 2-0 pada perhitungan terakhir pada April tahun lalu.

Sementara itu, kejayaan City meneruskan saingan di pentas Piala FA seakan terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila mereka terus dihimpit masalah kecederaan yang mungkin akan memberi cabaran lebih sukar buat Guardiola.

Namun, Guardiola mahu kejayaan di saingan Piala FA diteruskan dan tidak lagi boleh tercicir mata bagi mengelak kedudukan mereka dalam kelompok empat terbaik EPL terjejas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI