PETALING JAYA – Seekor kucing dilihat santai ‘melepak’ di tengah bazar Ramadan sambil ditemani bekas derma mencuri perhatian ramai apabila ia seolah-olah sedang meminta sedekah daripada pengunjung yang lalu-lalang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @zulkha, kucing tersebut kelihatan tidak terganggu dengan suasana kesibukan bazar, malah berbaring tenang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Kelihatan ada juga beberapa pengunjung mengeluarkan telefon pintar masing-masing bagi merakam momen itu.
Tidak kurang juga ada di antara orang ramai mengusap kucing tersebut yang disifatkan sungguh comel dan menarik perhatian.
“Derma sahaja la, demi mendapat ‘keber-cat tan’ Ramadan,” kata @pakcikkau_69.
“Macam datang ilham aku ada 17 ekor kucing, seekor hantar setiap satu bazar,” kata @lupin_373.
“Sebenarnya tak salah tau cara ini sebab nak belikan makanan diaorang bukan murah,” kata @catlover_my.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka dan perkongsian daripada pengguna media sosial yang terhibur dengan gelagat unik kucing tersebut – KOSMO! ONLINE
@zulkha._ Hidup ni keras dik – boboi #fyp #catsoftiktok #ramadan #bazar #cat ♬ tob tobi tob – wsszx.7