fbpx

Pegawai kanan polis didakwa curi RM300,000, beg Prada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang RM300,000 termasuk sebuah beg jenama mewah daripada seorang individu di sebuah kondominium, bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Inspektor Azlan Sudin, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mencuri RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik wanita berusia 35 tahun di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, antara pukul 5.45 petang hingga 6.20 petang pada 21 Februari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Majistret Farah Nabihah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala peguam Huang Yee Ching mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Azlan juga didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak menangkap seorang lelaki yang terbabit dengan jenayah.

Bagi pertuduhan itu, Azlan sebagai anggota polis berpangkat Inspektor yang berkewajipan di sisi undang-undang sebagai penjawat awam menangkap lelaki berusia 35 tahun kerana suspek terbabit dalam kesalahan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang mana tertuduh dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu.

Kesalahan itu dilakukan di lobi sebuah balai polis di sini antara pukul 6.50 petang hingga 7 petang, 21 Februari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Di mahkamah itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman.

Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim kemudian membenarkan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Tarikh 19 Mei ini ditetapkan untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI