fbpx

‘Tak perlu rasa segan minta maaf, memang khilaf kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI memaklumkan permohonan maaf dibuat kerana tidak mahu membiarkan kekeliruan berpanjangan. Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Meskipun berstatus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak melihat itu sebagai alasan untuk enggan merendah diri dan memohon maaf atas kekhilafan memuat naik hantaran mempromosikan produk berasaskan nikotin dalam Instagram, baru-baru ini.

Ujar Siti, 46, permohonan maaf dibuat kerana tidak mahu membiarkan kekeliruan berpanjangan selain menganggap tindakan tersebut wajar sebagai figura awam yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Saya sudah minta maaf, bila kita minta maaf, orang akan faham kekhilafan kita.

“Hantaran tersebut pun memang saya sendiri muat naik ketika sedang santai minum petang.

Tak perlu rasa segan pun untuk meminta maaf sebab memang khilaf kita kan, insya-Allah semua orang faham,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun Sehebat Matahari itu, produk berkenaan masih dalam proses mendapatkan kelulusan malah dia mengakui terlanjur mempromosikannya terlalu awal.

“Mereka masih dalam proses untuk dapatkan kelulusan, insya-Allah. Mungkin saya terlalu awal kongsi, saya minta maaf.

Tapi sekarang semua dah faham, tak ada apa-apa pun. Kalau buat silap, lebih baik kita betulkan, itu yang terbaik,” ujarnya pada majlis pelancaran Budaya Raya bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Sebelum ini, Siti menerima teguran ramai susulan tindakannya mempromosikan produk nikotin dipercayai perniagaan diusahakan anak tirinya, Aazief Khalid.

Teguran termasuk daripada laman Facebook Public Health Malaysia yang menganggap perkara tersebut boleh memberi impak besar terhadap masyarakat.

Namun, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak melatah, sebaliknya segera memadam hantaran serta memohon maaf secara terbuka, sekali gus dilambung pujian netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI