PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berbuka puasa di depan kubur di percayai milik ibunya meruntun hati orang ramai.
Melalui video yang telah dikongsikan oleh @Mhdaziiz di akaun TikTok, dipercayai di Indonesia kelihatan dia menitiskan air mata sambil menjamah lauk berbuka dalam sebuah bekas.
“Aziz bawa makanan kesukaan ibu. Aziz cuba untuk masak walaupun tak sesedap masakan ibu,” katanya.
Netizen turut berkongsi di ruangan komen, menyatakan bahawa kehilangan insan tersayang menjadikan kubur bukan lagi tempat yang menakutkan, sebaliknya penuh dengan kenangan.
“Dulu kita rasa kubur itu menyeramkan tapi bila ada orang tersayang kita ingin selalu ke sana,” kata @Magh184.
“Sabar ya dik makcik pun sama kehilangan orang tersayang berdoalah selalu untuk ketenangan hati,” kata @Mimimariamnongchik.
“Setiap anak mempunyai cara tersendiri kalau rindu sama orang tersayang,” kata @Garyhutama.
Setakat ini hantaran tersebut telah menerima 109.8 ribu tanda suka, 4,141 komen dan 7,494 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@mhdaziiz Benar ya buk Rumah tanpa ibu Gelap ya🥀. Aziz bawa makanan kesukaan ibuk. buk walaupun ngk ibuk yg masak.Aziz coba untuk masak walaupun ngk seenak masakan yg ibuk bikin😭😭 Alfatihah🤲 #fyp #alfatihah #ramadhantanpaibu #kangenibu #berbukadimakam #ompeee ♬ Sampai Jadi Debu (Menampilkan Gardika Gigih) – Banda Neira