fbpx

‘Terima kasih abang kain pelekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki menjaga lalu lintas dengan berkain pelekat.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mengawal lalu lintas yang sesak kerana lampu isyarat yang tidak berfungsi di Bangi mendapat pujian ramai semalam.

Tindakan lelaki dikenali Fahmi menjaga lalu lintas dipuji oleh netizen menerusi rakaman video itu, malah ada juga meninggalkan komen yang positif terhadap lelaki berkain pelekat itu.

Kata @Syafiqah.shamsuddin yang turut merakam situasi itu, selain memuji tindakan spontan lelaki berkenaan, dia bimbang keselamatan lelaki berkenaan yang hanya berselipar di tengah jalan raya yang sibuk.

“Akhirnya ada juga yang rakam. Terima kasih pada abang kain pelekat sebab permudahkan urusan saya pergi kerja. Semoga di bulan Ramadan ini dapat pahala berlipat ganda,” kata @Namiarisan.

“Bagus kan orang Malaysia, walaupun tiada seragam, tapi apa dia buat tu memudahkan semua orang, orang pun terima je arahan dengan baik,” kata @Ezhzaidy.

“Terima kasih semua yang beri kerjasama. Harap semua sampai ke tempat kerja dengan selamat. Kalau ada nak belajar mandarin jangan tanya saya. Hahaha.. Pandu cermat jiwa selamat” kata @Notacikgufahmi menerusi video yang tular itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI