fbpx

Boleh hilang nyawa, campur peluntur dengan bahan pencuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster PHM berhubung keadaan yang boleh berlaku apabila peluntur dicampur dengan ammonia, cuka dan alkohol.

PETALING JAYA – Tindakan mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci akan menyebabkan penghasilan gas beracun.

Public Health Malaysia (PHM) pada hantaran Facebook menyenaraikan tiga keadaan yang boleh berlaku sekiranya peluntur dicampur dengan tiga bahan berbeza.

“Peluntur campur ammonia menghasilkan gas kloramin yang menyebabkan batuk teruk, paru-paru meradang dan sesak nafas.

“Peluntur dicampur cuka pula menghasilkan gas klorin beracun. Ia menyebabkan mata pedih, dada terasa seperti dihimpit, muntah, malah boleh membawa maut,” menurut hantaran itu.

Selain itu, peluntur dicampur alkohol akan menghasilkan gas kloroform yang boleh menyebabkan pening, hilang kesedaran serta koma tanpa disedari.

“Bayangkan jika ini berlaku di rumah anda. Dalam sekelip mata, ruang yang sepatutnya bersih bertukar menjadi perangkap maut.

“Jangan ambil mudah, jangan campur bahan pencuci. Jangan jadikan rumah anda penuh racun. Sebarkan pesanan ini sebelum tragedi ini berlaku kepada orang lain,” menurut PHM.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang lelaki berdepan pengalaman hitam apabila sukar bernafas sehingga terpaksa dimasukkan ke bilik kecemasan akibat keracunan gas selepas mencuci bilik air menggunakan peluntur yang dicampur pencuci lantai.

Kisah itu diceritakan pengguna Facebook, Smith Ryder berhubung insiden menimpanya sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik.

Lelaki itu memaklumkan, dia berasa pedih dan sukar bernafas, namun tetap menyiapkan kerja-kerja mencuci dan membersihkan bilik air, selain terbatuk, terbelahak, kahak, hingus dan berair mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI