fbpx

[VIDEO] Pekerja kurier baling parcel dari tepi kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video TikTok memaparkan aksi seorang wanita yang dipercayai merupakan pekerja kurier membaling barang ke rumah pelanggan.

PETALING JAYA – Tular di media sosial TikTok satu rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai pekerja sebuah syarikat kurier membaling barang yang dihantar di sebuah rumah.

Video berdurasi 39 saat itu dikongsikan oleh @peppermint4521 di TikTok.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan wanita itu yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan barangan dihantar kepada pelanggan berada dalam keadaan baik.

Biarpun rumah tersebut mempunyai seekor anjing dalam kawasan pagar, perbuatan itu bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh wanita itu.

Netizen berpandangan bahawa pekerja kurier sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan barangan dihantar dengan selamat kepada pelanggan.

“Amboi buang macam itu sahaja, selepas ini tekan loceng rumah atau letak atas pagar. Kalau macam ini baik jangan buat kerja,” kata @behn93.

“Itu sebab saya pesan tunai semasa penghantaran, mereka akan tunggu ambil duit,” kata @cutiesweety224.

“Dalam situasi macam ini saya pun marah, harap boleh berubah selepas ini,” kata @yellowcake975. – KOSMO! ONLINE

@peppermint4521 Replying to @wanes_nez poor service of J&T Express @Dmini Mandala Creation #goodpackaging #facemask #akira #akirafacemask ♬ original sound – mini fragrance

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI