fbpx

Gelandangan meninggal dunia di kaki lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paramedik memeriksa keadaan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan premis 7 Eleven semalam.

KUCHING – Disangka sedang tidur, rupa-rupanya sudah meninggal dunia.

Itu keadaan seorang gelandangan yang ditemukan tidak bernyawa di kaki lima di hadapan premis 7 Eleven di Jalan Lapangan Terbang, Batu 6 di sini kira-kira pukul 1.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut merupakan seorang penganggur dan gelandangan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mengikut pemerhatian awal pada keadaan fizikal, umurnya dijangka dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Farhan berkata mayat mangsa telah dihantar ke HUS dan bedah siasat akan dijalankan setelah keluarganya dapat dihubungi.

Katanya kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI