fbpx

Kes gangguan seksual, keganasan rumah tangga meningkat di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kes melibatkan gangguan seksual dan keganasan rumah tangga di negeri ini meningkat sejak bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jenayah membabitkan kes rogol dan cabul di negeri ini pula dilihat menunjukkan peningkatan daripada sebelum pelaksanaan PKP di negara ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, kes gangguan seksual pada tahun lalu iaitu sebanyak 184 kes menunjukkan peningkatan sebanyak 20 kes berbanding 164 kes yang dilaporkan dua tahun lalu.

“Bagi kes keganasan rumah tangga pula sebanyak 519 kes dilaporkan pada tahun 2019 manakala jumlahnya meningkat kepada 523 kes pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan sama ada penularan wabak Covid-19 menjadi faktor peningkatan kes. Ia masih pada peringkat kajian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Program Pemantauan Sekatan Jalan Raya (SJR) Kolabrasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tunjong di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Negeri Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI