PETALING JAYA – Tular di media sosial kisah seorang gadis yang membawa ibu bapanya keluar bersama ketika temu janji telah mencuri perhatian netizen.
Lebih menarik lagi, ahli keluarga lain turut kelihatan hadir dalam pertemuan tersebut.
Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @__cikyan, gadis itu menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan membawa ibu bapanya kerana mereka mempunyai sikap yang tegas atau strict.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyokong tindakan tersebut.
“Selalunya keluarga macam ini memang rapat dan kebanyakannya berpelajaran. Ini bukan dating biasa-biasa, ini dating untuk persediaan bertunang lepas raya. Tahniah adik,” kata @sifoobisnes.
“Alhamdulillah, tahniah ayah dan mak dia. Jaga anak elok itu. Teman lelaki dia tu, macam dah lulus tu. Adjust kahwin abang. Insha Allah, Allah bagi jalan. Jangan risau,” komen @jyu_bei.
“Setuju cara macam ini. Sekurang-kurangnya dapat kenal dulu sebelum kahwin daripada tak kenal langsung,” balas @adrive.by.helmy.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 30,000 tanda suka, 1,469 komen, dan 7,137 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@__cikyan 1 keluarga ikut hahaha 🤣 #strictparents #funnyvideos #pov #malaysiatiktok #fyp #datinglife #funnymoments ♬ Awkward Moments – AstroMusic