fbpx

Mesyuarat secara bersemuka tidak dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua pihak wajib mematuhi larangan mengadakan mesyuarat secara bersemuka dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa tidak pilih kasih dan larangan itu turut termaktub ke atas setiap kementerian dan agensi kerajaan.

“Tiada siapa yang terkecuali daripada peraturan dan arahan yang dikeluarkan ini. Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga bermesyuarat secara maya.

“Jika rakyat boleh mematuhinya, mengapa kita tidak boleh,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan terdapat kementerian atau agensi kerajaan serta pihak swasta masih mengadakan mesyuarat secara bersemuka dengan alasan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai bahawa aktiviti beriadah termasuk menunggang basikal terhad dalam radius jarak 10 kilometer dari kediaman masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI